Wednesday, August 19, 2009

Majlis Pelancaran



Satu majlis pelancaran telah diadakan pada 26 Julai 2009 bertempat di kilang Tajalli Resources yang beralamat di Taman Sri Bayu Simpang Renggam.... Majlis Pelancaran ini adalah bertujuan untuk melancarkan produk terbaru Tajalli Resources iaitu Harumansangan Kasehana disamping memberi maklumat tentang produk dan sebagai promosi untuk produk Tajalli Resources pemakanan minda iaitu Mindatif... Disamping itu majlis ini juga bertujuan untuk secara rasmi melantik dan memberi hak pengedaran kepada wakil tunggal iaitu DeMenC Marketing.....
Ahli Jawatankuasa majlis ini terdiri daripada pekerja - pekerja di bawah naungan Tajalli Resources dan dari DeMenC Maketing... Persiapan untuk majlis telah dilakukan sebulan sebelum tarikh majlis diadakan.......
Sebagai tanda kesyukuran satu majlis tahlil telah diadakan bertempat di Surau Taman Sri bayu. Majlis tahlil tersebut berlangsung pada malam 25 Julai dan telah dihadiri oleh semua ahlli jawatankuasa dan penduduk - penduduk Taman Sri Bayu.....
Majlis pada hari pelancaran telah berlangsung dengan jayanya, dan majlis telah berjalan lancar. walaupun perasmi Dr Adham bin Baba adun Pasir Raja tidak dapat hadir kerana terdapat undangan yang lebih awal.. namun wakil kepada Dr Adham telah hadir untuk menyempurnakan majlis... Secara keseluruhan objektif dan matlamat majlis telah tercapai..
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini...

No comments:

Post a Comment